Selasa, 07 Mei 2013

Lirik Lagu Berkorban Demi Cinta ~ Hijjaz ~

Bismillah... berikut Lirik Lagu Berkorban Demi Cinta ~ Hijjaz ~:

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga...
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya

Lirik Lagu Belaian Ibu ~ Hijjaz ~

Bismillah... berikut Lirik Lagu Belaian Ibu ~ Hijjaz ~:

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu

Lirik Lagu Aku Hanya Umar ~ Hijjaz ~

Bismillah... berikut Lirik Lagu Aku Hanya Umar ~ Hijjaz ~:

Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku?

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

Lirik Lagu Ya Nabi Salam Alaika ~ Hijjaz ~

Bismillah... berikut Lirik Lagu Ya Nabi Salam Alaika ~ Hijjaz ~:

Wahai nabi selamat sejahtera ke atas kamu
Wahai rasul selamat sejahtera ke atas kamu
Wahai kekasih selamat sejahtera ke atas kamu

Telah terbit bulan purnama ke atas kami
Maka hilanglah seri bulan-bulan yang lain
Seumpama cantik wajahmu
Tidak pernah kami lihat
Sekali-kali wahai wajah berseri

Engkau umpama matahari
Engkau umpama bulan
Engkaulah cahaya diatas segala-galanya
Engkaulah emas yang mahal harganya
Engkaulah pelita
Yang menerangi seluruh hati

Wahai kekasih
Wahai Muhammad (yang sangat terpuji)
Wahai pengantin timur dan barat
Wahai nabi yang dibantu dan dimuliakan
Wahai imam kedua-dua kiblat

Lirik Lagu Munajat Seorang Hamba ~ Hijjaz ~

Bismillah... berikut Lirik Lagu Munajat Seorang Hamba ~ Hijjaz ~:

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

Lirik Lagu Meniti Mimpi ~ Hijjaz ~

Bismillah... berikut Lirik Lagu Meniti Mimpi ~ Hijjaz ~:

Kau terdengar kicauan beburung
Yang menyanyi di dada pelangi
Kau menggapai awan dilangit memutih
Dirimu lebur dimamah mentari

Kau impikan harapan menggunung
Di lorong hanyir kehidupanmu
Kau hirup sari madu bunga beracun
Mewarnai dunia misteri mimpimu

Kau calari setangkai hati ibunda
Yang meniti di bilahan hari-hari
Kau hitamkan wajah ayahanda
Yang mengharapkan sinar kehidupan

Apalah yang hendak diharapkan lagi
Semua sudah jadi takpasti
Bangkitlah segera dari mimpi ngeri
Pulihkan kembali sebuah harga diri

Sinar hidupmu tiada nyalaan api
Berlabuhlah di muara ini
Pasrahkanlah hidupmu ke lorong ilahi
Di sana menanti syurga yang abadi
Di sana menanti syurga yang hakiki

Lirik Lagu Kasih Mesra ~ Hijjaz ~

Bismillah... berikut Lirik Lagu Kasih Mesra ~ Hijjaz ~:

Berkasih mesra hidupkan bahagia
Fitrah semulajadi bagidiri manusia
Itulah harta yang paling tinggi nilainya
Bersamalah kita saling menyuburkannya

Marilah kita bina
Bersama mengamalkannya
Itulah pesanan berharga
Dari allah dan juga rasul nya

Tak kira masa tak kira suasana
Walaupun di rumah ataudi tempat kerja
Hormat menghormati jadikanlah amalan
Bersama keluarga juga jiran tetangga

Marilah kita jaga
Elakkan persengketaan
Tiada faedah darinya
Kita rugi lagi merugikan

Tak kira bangsa darjat atau usia
Insan istimewa atau insan biasa
Warga yang tua rasa diri dihormati
Pada yang muda rasa diri disayangi

Anak-anak taatilah kedua ibubapa mu
Patuhilah pesanan mereka
Hidup selamat dan sejahtera

Tuhan ku pasrah pada Mu Tuhan
Ku pohon hidayah Mu
Ya Allah Tuhan engkau yang maha pengasih, maha penyayang
Moga dosa - dosaku akan terampun
ya Allah Tuhan engkau yang maha pengasih, maha penyayang
Moga ku sejahtera di dunia dan sesudahnya

InsyaAllah dengan keizinanMu Tuhan
Aku akan bersedia bila waktunya tiba
Aku sentiasa mematuhi rukun dan perintahMu
Ini janjiku pada Mu Tuhan